Sunday 16 October 2011

a kid and a mom story.

i'm about 8 years old when my mother passed away. meninggalkan aku dalam kebingungan dan hanya secupak memori dan ingatan ttg dia.

'kidney malfuction' penyebab kematian mak. entah sejak bila dihidapinya.. aku tak tau. yg aku tau.. hanya bila someone cakap pada aku, di parking lot Hospital Ipoh "mak dah takde cha."

wat do u aspect a boy could react with that? aku diam. seribu kata dan tanpa ade sedikit gerakan pada otot2 aku. menangis tidak sekali. betul2 tak faham! bingung. thats the rite word to describe me at that time.

bila ditanya ape yg aku ingati ttg mak. tak bnyk..
1. sebatan penyapu lidi kat blakang aku.
2. meihat abah dukung mak dalam kete bile mak tibe2 tak boleh jalan.
3. ubat2 yg berbalang banyaknye.
4. mkn megi kari depan tv sambil menonton panggung sabtu> bobby especially
5. sentiasa bagi aku pose separuh hari.. sbb aku selalu berlakon tak larat...
hanya 5. teruknye aku. sedih. nape bukan 50?? 500?? 5000??

aduh...

tapi.. aku tak pernah melatah. im strong. mak pergi kerana ajalnya telah tiba dan aku tau.. mak akan berada di tmpt yg istimewa disana.. coz she is a great mom!!
even tak bnyk.. memori ttg mak. aku tau dan yakin mak amat sayang aku. kalau tak takkan die susah payah nk kandung aku 9 month!

sentiasa aku kirimkan Al fatihah untuknya.

if u r reading my post. then u should do it too.

jadikan kisah aku 1 pedoman dan tauladan pada kamu. sayangi mak@ibu or watever u call her. coz.. if not. u will regret it.

Al Fatihah untuk my beloved mom.
NORAINI BT HARUN.

Saturday 9 July 2011

perjuangan HARI INI. ADAKAH IA CUKUP BIJAK?

dalam kegawatan dan hiruk pikuk KL yang sedang dilanda BERSIH assembly hari ini aku terdetik mencoretkan sesuatu seraya melampiaskan apa yg ada dalam minda ku ini.

BERSIH 2.0. dan semua yg menganggap senario politik negara hari ini adalah amat 'KOTOR'
bercerita sana sini ttg itu dan ini... kemarahan membuak2 bila hati yg dicucuk2 mula berdarah wujudla tentera BERSIH lengkap berpakaian tema kuning. 
ia nya ditubuhkan oleh segolongan org2 yg pintar dan berjaya dalam karier. dan ribuan penyokong nya menuruti tuntutan2 nya walaupon agak kurang jelas. 

PERSOALANNYA, adakah perjuangan ini bernas dan cukup bijak?

= bagi aku, perhimpunan ini adalah amat kurang bijak. adakah dengan perhimpunan ini RASUAH POLITIK dapat dihapuskan?adakah politik kotor dapaT dihapuskan? lalu menghadirkan politik yg amat jelas dan tulus??
aku rase tak.sama sekali tak! 

= sekiranya BERSIH amat muafakat dan smpi berhimpun di KL dari segenap pelusuk ceruk negara ini mengubah cara mereka berjuang nescaya politik kita akan lebih tulus. 

BAGAIMANA??

kiranya benar BERSIH membenci rasuah dan politik kotor. kenapa mereka sendiri tak mengubahnya? aku takde bukti, tapi dalam ribuan org yg berhimpun, betol ke takde sorang yang perNAH terlibat dgn rasuah?? aku rase tak mungkin.. kira nya ribuan umat manusia itu menjalani hidup seharian dengn aman dan menjauhi rasuah dah tentu rasuah akan berkurangan. 

kesimpulannya,

bagi aku perhimpunan ini hanya menambah cela daripada indahnya. tuntutan kamu mungkin dipertimbangkan, namun adakah ia berbaloi dengan KEROSAKAN yang telah kamu ujudkan??

FIKIR FIKIRKAN LAH RAKAN2 DAN SAHABAT KU. POLITICIANS, WE NEED U AS OUR LEADER. SO PLZ. BE HONEST.. 


Thursday 7 July 2011

how far did i go now?

seberapa jauh perjalanan ku hingga kini?

dari seorang budak kg.. after SPM trus aku keje di damansara.. habis masa ku disane.. then KL. maybe 5 month? then blk kg.. amik result dan menganggur..

masuk form 6.. then dapat offer ke Uitm.. for 3 years i've been in Arau perlis..

then ke sabah.. dan ke johor... jauh perjalannan aku.. /

di keheningan malam aku x dapat nk tido ni.. maybe aku blh mencatatkan kisah hidup ku ini dalam blog aku..

kisah sedih aku yg penuh dengan cabaran.. suka duka ku.. siapa rakan2 karib ku.. siapa keluarga ku..

everyone have their own story... hidup ibarat page Microsoft Word yg plain.. kosong. zero. tinggal kite manusia dengan cerdik akal ini untuk mencoretkan kata2 indah di permukaan nya..

so.. wait for my next post k

Wednesday 29 June 2011

the turbulent life of a guy.

lelaki. terciptanya gender ini dari asalnya untuk menjadi pemimpin di muka bumi ini..
pemimpin. bukan senang. ia nya mudah untuk menjadi pemimpin. tapi x mudah menjadi pemimpin yg baik.
pemimpin. perlu memimpin 1 organisasi, keluarga, platun, gerakan, kumpulan, dan sebagainya.
ok.
sulit untuk dihuraikan sifat seorang lelaki. walau hakikatnya aku juga seorang lelaki.
ya.. lelaki ego, keras hati. mungkin kadang2 agak diktator dalam hubungan dan keluarga terutamanya.
namun.. kalian sedar kah.. pernah kah kite same2 realize mengapa sikap sedemikian ada pada lelaki.?
sifat yg dikatakan amat keras dan amat annoying!!.
sebenarnya, aku bercerita ttg diri aku sendiri. ya aku ego. amat keras hati. dan sebenarnya.. kurang berterus terang. insan yg sukar memujuk, sukar menunjukkan rasa sayang.

berbalik pada kisah lelaki.
lelaki perlu mempertahankan ego nya untuk menjadi ketua. perlu keras hati untuk membuat keputusan. dan perlu sgt2 kuat untuk menerima kritikan. lelaki berfikiran jauh. seorang yg merancang. merancang untuk masa depan. mungkin perempuan memikirkan tentang perkahwinan impian. tapi lelaki mengimpikan hidup berumah tangga yang berkekalan. yg indah dan sempurna. not a perfect wedding day!. hidup ni x mudah. everybody have their own story. ada antara kite anggap kite susah. tp ade lg susah.

aku x perlukan hari perkahwinan yg grand. aku lebih mahukan hidup 'tulang rusuk' ku dan anak2 aku selesa tinggal di rumah ku yg sederhana. aku mahukan mereka dapat makan ape yg dorng nk. xde catuan dan terpaksa ikat perut kerana aku perhabis nk wat kenduri kawen dulu. kadang2 seorang lelaki dengan rasa derita sendiri menyembunyikan rasa terkilan nya. rasa sakit nya. bukan sebab xnk share. tp hanya kerana x mahu org yg disayanginya tahu yg dia sedang 'terkilan.'

biar lah si lelaki terus berdiam diri. hanya untuk kebahagian masa depan. biar aku seksa sekarang. aku x nk seksa kemudian. biar x bertegur hari ini, jgn hari esok. biar aku bertikam lidah hari ini asalkan esok hanya kata2 berbunga indah yg kami bualkan.

i have nothing special to offer to u. i am nobody. it's only u, dat can make me someone.

Sunday 26 June 2011

nothing to story

lame x update blog.. mmg agak bz kebelakangan ni memandangkan memangku tugas GM sementara GM baru nk dihantar HQ. xpe la.. struggle dulu... mase depan dah ok.. mesyuarat agung pon dah dekat. macam2 aku pikir skgn ni..

tapi aku ttp gembira. hidup aku makin berkembang. dah ade kerja, karier, impian aku mase umor belasan tahun dah tercapai. skng ni... i've got new target. a bigger one than before.. hehehehe..

harap target ni akan tercapai within 10 years.. after that, aku akan target benda yg lg. besar..

Tuesday 24 May 2011

Who am I ?

lama aku berborak dengan 'sifu' tadi.. menceritakan pelbagai pengalaman nye sehingga die menapak ke hari sekarang. macam2 cite.. sume nye tentang 1001 sikap manusia dan pemimpin yang wujud skang.

cerita nya itu membuatkan aku terpikir sejenak.. siapa aku 20 years from now? am i a successfull GM? or maybe dah jadi pengarah negeri atau bahagian? terpikir aku...

ia nya bukan mudah bila kite dah melangkah ke alam pekerjaan.. tambahan pula, bila kita mula menanam cita2 untuk berjaya dalam karier dan menempa nama yang gemilang. aku adalah golongan itu. walaupun hanya seorang penjawat jawatan di salah satu Agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani aku masih menganggap aku sebagai seorang Businessman, Manager Estate swassta, Pengurus syarikat swasta etc. aku ada impian aku di Agensi ini. aku nak berjaya.

persoalannya. 'berjaya' aku itu dimana? setakat dapat gred E44 dah kire berjaya? E54? atau lebih? tidak... aku takkan puas dengan gred. i wanna be someone here. nak jadi seseorang yang disegani dan terpilih. dan aku harap aku mamp[u ke arah itu. dengan cara yang terpuji. kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagu nya..~~

Saturday 21 May 2011

Scotty To the FINAL!!

baru je beberapa hari yang lepas aku post pasal peserta faveret American Idol 10 (ai10) iaitu Scotty Mcreery.. dan yang best nye... baru je pas konsert yg latest ni.. scotty telah layak ke final!! yeah!! kadang2 x sangka.. sebab dul peserta faveret untuk ke final ialah Pia Toscano and Jacob.. tp dah terkeluar...

yang layak bersama Scotty ke final ialah Lauren Alaina.. hehe.. dorng ni lebh kurang ke genre Country Music.. jom layan dorng nyanyi same k?

Thursday 19 May 2011

Scotty McCreery

kenal tak sape ni??

ini la scotty~~ peserta american idol 10.. skang ni die top 3.. dilahirkan pada tahun 1993 di Garner, North Carolina. sore die mmg sempoi.. cendeerung kearah Country Music.. 

KEnapa aku minat die?
entah la.. walaupon die x blh tarik not tgi2.. tp sore die special arr.. mmg menarik.. jarang aku dengar.. td ptg die perform untk top 3.. xtau la dpt masuk final @ tak.. pape pon jom tgk die perform ea~






Wednesday 18 May 2011

Lawatan

Assalamualaikum

kali ni aku nk membebel pasal lambakan lawatan2 ke tmpt aku bertugas.. mmg bnyk.. kadang2 in amonth ade smpi 5,6 kali.. means every week ade... dan kadang2 lawatan lebih dari sehari.. yela.. memandangkan tmtp aku bertugas ni bnyk projek2 tanaman yg konon nye blh jadi cnth... entah la.. bg aku bnyk perlu aku perbetulkan disini.. dan aku yakin bnyk lg yg lbh baik kat luar sane.. xpe.. sape je dtg.. kami sambut dgn mesra.. ilmu jgn kedekut kan? perlu dikongsi.. share~~

ok.. nk share sumthing.. 'kami' < merujuk tmpt aku bertugas> masuk pertandingan @ lebh tepat dicalonkan dalm 1 pertandingan yg tinggi martabat nya.. peringkat kebangsaan.. hanya ade 5 kategori dipertandingkan dan 3 daripadanya diMonopoli oleh kami untuk mewakili johor. dan setakat ini juga 2 daripadanya tercalon Top 5 peringkat kebangsaan.. Alhamdullillah Syukur Pada Yang Esa.. so.. esok ade lawatan peringkat kebangsaan la.. cam panel juri.. nk menilai bagus ke tak projek ni.. harap semua nye berjalan lancar..

maybe kalau tahun ni ade rezeki... kami menang anugerah tertinggi kot.. InsyaAllah...  doa kan ea?
so.. for tomorrow.. wish us best of luck! dan moga berjaya..

Wednesday 11 May 2011

Cuti Hujung Minggu

assalamualaikum

plan cuti this week mmg agak cantek ku garap kan.. esok hingga isnin berada di luar johor dan selasa di johor balik arr.. cadang nk santak sampai selasa, coz rabu baru cuti tp ade beberapa aral yg menghalang. but i think its enough for now.. aku mmg dah atur aku punye schedule jgn ade meeting2 penting jatuh hari2 cuti ku ini.. tp tibe2 baru je pagi tadi my bos sms:

" shah. Dato' # nk jumpe jam 11 pagi esok. ape komen awk?"
jawab aku:

" ha? esok sy dh cuti, xde kat johor pon, sori sgt boss"

" k " simple je bos aku bls.

fuhh~! naik ke kepale darah aku... riso gak aku... tp aku ttp berkeras nk cuti sok. sbb this time its REALLY important. harap xde pape, dan sume nye berjalan dengan lancar. amin..

pasni, bulan june, nk g Reunion lak kat pd! yeah!

Saturday 7 May 2011

Projek Tebu

Assalamualaikum

saje nk berkongsi.. bukan saje riak, @ bangga.. nk share je ape yg kami ade di PPK Pengerang ni... untuk permulaan aku nk share salah satu daripada projek PPK aku.. Projek tebu, 30ekar lokasi? di ZPM Sedeli Kecil ok.. dont talk to much! tgk pic sudey..








ini pic lame... mase ni sedang proses pemulihan..  bile start blh kuar?? bulan pose ni aku pam abis! hahahahaha so... klu nk tempah juz call me k??

Friday 6 May 2011

I'm Suffering


agak hiperbola gambaran aku kan? tp tiu yg blh aku imagine kesakitan pale aku akobat migrain. 3 hari dah... berterusan.. blk umah after work mmg camni... ubat?? makan.. walaupon ade rakan2 nasihat.. 'jgn mkn bnyk.. t efek kidney' aku tau... tp x leh tahan der!!

mmg berdenyut...

makluman korang.. dah bertahun aku ade migrain ni... since blajar kat arau lg.. smpi kadang2 mesti muntah2 dan kadang2 nk jalan pon x leh... xpe la... mungkin tuhan uji aku ngn kesakitan ini kot.. redha je la... doa kan aku cepat baik ea...

Wednesday 4 May 2011

Saya Tertekan.

itu lah keadaan aku skng..

seperti yg dah aku maklum kan dalm post aku yg lepas.. sedang memangku tugas GM untuk beberapa ketika.. aku mmg sedang pressure.. smpi last nite aku kurang tido memikirkan tekanan2 ni.. adoi~~ 
ape yg aku risaokan?? macam2.. actually tmpt aku kerja ni x sama cam tmpt len.. which is.. dgn lambakan projek2 tanaman makanan nye.. yg kebanyakan baru beroperasi (paham2 je la.. projek baru naik) dan beberapa isu2 besar.. aku terus didesak oleh 'pihak2 atasan' come on guys im a newbie here k??wat do u aspect from me? k.. mmg aku dikatakan agak menonjol.. tp aku masih bnyk bnda nk bljar.. a tonne of things k !! plz.. gimme space and time.. baru 1thn 8bln.. mmg aku bnyk blajar.. tp as an asstnt! not a GM k.~~
aku hanya mampu berdoa padaNYa.. moga aku kuat semangat dan dpt jalankan tggjwb dengan baik.. im still learning and progressing! tp ingt.. aku nk jadi seseorng yg disegani dlm karier aku.. dats a promise to myslf!! 

Thursday 28 April 2011

new challenge

assalamualaikum

cabaran baru menjelma dah.. bulan mei... maybe berterusan untuk 1 tarikh yg kurang jelas. k.. terbaru.. my bos pegi kursus antarabangsa ape ntah.. yg penting mmg aku jeles die dapat pegi kursus tu... 2 mggu lak tu.. anjuran dari negara Jepun~~~ best.. then die sambung cuti lak 1 mggu... lame seyh..

k... so.. sempena ketiadaan die tu, aku pon kena la memikul tugas2 die sebagai Pengurus Besar kat cni... aku dah mula cuak.. tmbh cuak bile dlm meeting Board die endorse aku akan memangku tugas2 die selama ketiadaan die..damn..~~ mmg aku agak tkut akan tggjwb dan amanah yg aku kena pikul.. walaupon sekejap je... tp die cam bg signal kat aku die akan pndh ke tmpt len.. patut la amanat die bg panjang berjela... cam x blk pejabt trus...

so.. ~ mlm td aku menung je fikirkan perkara ni.. mungkin ade rahmat disebaliknya.. aku akan guna kan pengalaman ni sebagai satu pembelajaran yg amat berharga! precious ! untuk mase depan carier aku sebagai org koje Gomen ni... wanna be someone!  pape pon.. harap aku dapat memikul tugas2 dgn baik.. dan pada my boss~~ klu pindah, selamat maju jaye ye boss... <- die ni my 1st sifu aku di LPP. mafia style..yeah!

ok.. dats all. tq.. sambung lain kali.
 salam

Sunday 24 April 2011

Money, money, money!

Arghhh!!! pening pening pening!! masuk je duit gaji aku pon mengasingkan la duit2 yg perlu setel, such as, hutang2 bills, etc arr... then tibe2 bulan 5 ni nk kene g vietnam lak... mane nk cekau duit dowh... adehh.... harap ade rezeki tambahan dariNya

InsyaAllah...

Friday 1 April 2011

Sepi Malam Hari

assalamualaikum..

mmg agak jarang aku melayan perasaan malam2 hening begini... pas layan maharaja lawak yg agak moderate bg aku.. tp ok la.. bersahaja..

bese la.. idop bujang camni.. malam hari hanya berteman kan Tv, lappy, FB, Twitter, lagu2 melankolik melyan jiwa.. dan kadang2 FM11.

entah ape aku bingungkan pon x tau.. dan ptg td.. secara x sengaja ter'discover' lak lagu yang amat indah bg aku bait2 lirik nye... membuat kan aku x henti2 melayan perasaan bila mendengar nya...

so... this is the song. and i already email it to my love..

Monday 28 March 2011

Pengalaman berharga

assalamualaikum

makin hari makin mencabar keje nii.. smalam je aku kena statement yg agak 'pedas' dari 1 nama besar waktu menggantikan bos aku untuk berbincang.

"aku taknak ko, aku nak BOS ko!"

itu ayatnye. yang agak menyentap kesabaran dan kredibiliti aku sbg seorang penjawat kerajaan. tapi sabor je la yobb.. ini dugaanNya. dugaan tu takkan hadir pada hambaNya yang tak mampu menghadapinya. so.. aku percaya aku blh hadapi nya dengan tenang.

jadi.. aku sambung la bincang ngn die walaupon die xnk pada asalnya. mengenangkan mmg bos aku xdapat hadir.. die pon bercite la gak.. aku dengar dgn sabar. bincang japp je pon x sampai 10 mnit dan aku pon dapat mesej nya dan berjanji akan sampaikan pada my boss.

nk bincang je its ok for me.. tapi statement tu tadi camne?? aku tau la aku x seOTAI bos aku... tapi aku juga mampu. die pengalaman bape thun.., aku ni?? baru nk masuk 2 years ok... so... be patience.. !!!
tapi aku tetap bersyukur gak la.. dapat pengalamn baru yang InsyaAllah.. akan mematangkan aku..

Friday 18 March 2011

another new blog

assalamualaikum

pembuka bicara untuk blog yg entah ke berapa telah aku create'kan. bukn x aktif tp slalu aku lupe ape email and the password.. !! haha... sengal..~~

but i think i need a blog.. sumtimes.. kite tak boleh nk ceritakan pe dalam jiwa ni.. betapa GELORAnya ia.. kerja, masalah jiwa yang kebanyakan nye bersarang dalam pale otak ni.. kadg2 wat aku Sengal~~..

well.. maybe this post will be the first dan pencetus bg incoming post akan datang... ..